Blogger Templates

FEEDJIT Live Traffic Feed

Showing posts with label informations. Show all posts
Showing posts with label informations. Show all posts

5/21/2011

One Message Received

(sambil menghayati lagu yang di keudarakan)

seppseppp, fuuhh sana fuuhh sini,,
bagai-bagai mambang tinggal dekat blog ni, roti kalau letak memang berkulat dahh, sudah dua minggu aku tak update, sebab ? aku biasalah, semua orang ada benda negatif kat badan masing-masing dan selalu menghantui, Malas,

plusplus memang memaksa aku tulis sebab esok dah nak gerak jauhh !
amek, macam-macam aku tulis, luahan hati, nasihat diberi, doa diiringi.
sebelum blog ni expired.

bukan-bukan tu maksud aku, nak cerita memang panjang lebar sampai puncak gunung, aku ni seperti yang diperkatakan yang berabad dahulu, aku pun pening nak masuk ke sana ? ke sini ? ke ? mana-mana tempat semua susah, semua time memang pack, mana ada orang santai-santai, sedap kau mulut berkata.

aku bersyukur rezeki berlimpah-ruah, aku memohon kepada Yang Maha Esa, walau apa-apa pun keputusan , walau mana-mana pun aku berada, aku harapkan Kau memberikan Kesejahteraan dan Kejayaan di samping Kecemerlangan di dunia dan di akhirat, =)
(tangan menadah, hati merendah)

Kolej Mara Kulim Kedah

tempat yang akan aku pergi dan berjuang sebagai pelajar,


a few words to my friends :

Kenangkanlah daku dalam doamu

Others can succeed, Why we cann't.

If you fail to plan, you plan to fail.

As far wherever we are, We are still in one FAMILY.


MHS batch 1993 students

Stamford College IE students

MHS dormitory students

SKBB batch 93 students


T_____________________________________T

g o o d l u c k !

t h e b e s t f r i e n d s e v e r !

m i s s t h e m !



last words :

sebelum aku menghabiskan karya ni, aku memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki, maaf zahir dan batin, aku bertuah kawan dengan korang, pahit manis susah senang kita bersama, kita ibarat isi dengan kuku, menempuh ranjau yang penuh onak dan duri bersama.

thanks for anythings everythings that we created together.


*tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
*usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan, tanpa pertemuan maka tiadalah perpisahan.
*kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.
*kejayaan yang datang daripada semangat dan usaha yang tidak henti-henti.
*bersiaplah dengan hari mendatang dengan cubaan dan rintangan kerana hidup umpama perlumbaan.
*teman sejati bukanlah dekat bicaranya tetapi setiap bicaranya melalui setiap bisikan doanya.

walaupun kita berada dalam kancah kekalahan pasti ada kemenangan yang akan timbul secara tiba-tiba jika kita ingin berubah kearah yang baik dan lebih baik,

Insyallah, wassalam.....


ikramKANTOI =)


4/28/2011

Matrik

Assalaualaikum semua, jumpa lagi dalam beloog bau hancing..

hah, bercerita pasal matrik, memang sebelum tu, macam-macam aku baca, moga aku dapat tawaran ni sebelum benda alah tu dah boleh start check pukul 12.00am, ternyata, doaku termakbul, pengorbananku menjadi. tunggu punya pasal, aku dah le, result tak sehebat orang lain, baik ? sederhana sudah. HAHA.



Alhamdulillah, aku dapat matrik dekat KOLEJ MARA KULIM KEDAH, jauh tak ? biasalah nak merantau negeri orang, dengar macam orang timur cantik-cantik, cehh. bukan ar, niat lain, tu niat terakhir, HAHA, sengal je aku ni, hajat aku tercapai, memang aku letak first choice, second kuala nerang, third melaka. tapi kawan aku, semua dekat-dekat, melaka. aku pun tak tahu asal diorang pilih melaka.

sukahati anda diterima masuk

katak bawah tempurung ? main-main jela, aku bukan hebat mana pun.

dua abang aku, masuk kolej tu, kira aku mewarisi, nak kata jauh, memang le, takkan semua nak dekat, nak gi Makkah pun jauh aww. cehh ayat.. dah start.. yang tak masuk tu, kena daftar 23 MEI 2011, awal gila ar,, tak puas duduk tanam anggur, goyang kaki, then then start le rindu zaman stamford college la pulak, bagai-bagai..

congratulation bebeh yang dapat!

yang dukacita, chill bero, rezeki tak ke mana. =)


4/22/2011

Finally

Akhirnya, kini pasti. kahkahkah, telah lama ku tunggukan saat-saat ini, yang pasti aku terpaksa kasi si JPJ tu sedekah duit time first test. GAGAL katakan. tapi yang second, aku PASS.

Alhamdulillah, kau ingat senang ke nak lulus, yang hebat, dari kecil, darjah satu dah pernah tunggang moto, tapi tak lulus juga, aku ni, masa form5 baru nak jinak-jinak dengan motor, ternyata aku lagi hebat. HAAHA. malas nak cerita.

takkanku jejak lagi kakiku di sana lagi, naik menyirap, menyampah semua ada ar, dah la banyak bersedekah kat sana, eh,, kereta aku sekali angkat je lulus, kereta senang gila ! entah, banyak makan duit ar kat sana, rugi, dah la lambat, nak je aku terajang siapa-siapa kat situ,

tapi terima kasih, lulus juga akhirnya, wah macam dah banyak kali failed le, thanks to my parents and my Brother, many sacrifies, and taught me for everything before this.


ini le motor yang aku bawa tadi, 140km/sejam je. HAHA!


thats all for today, cherioo =)

4/19/2011

Bieber Fever

Hohoho, hari ini hari selasa, tapi bukan aku nak cerita kisah hari ni, nak post event aku pasal hari jumaat lepas. lama kan ? biasalah, tengok mood la weyh, busy kot.

tiba-tiba tergerak hati, eh, tak kena mengena pun, action !

budak ni punyalah baik, ajak aku hang out, tengok wayang, lepak-king tapi sekejap je, janji dapat le aku nak ubahkan aku punya daily routine, memang semua benda kau takkan buat benda sama, kalau kau kata sama jugak, kau salah!

contoh: kau tengah baca newspaper. sebijik tempat sama, baju sama, masa sama, hari sama. memang pun, tapi news lain-lain, yang paling strong aku punya alasan ialah tarikh.
out of topic!

pukul 2.50 tengok cerita,

Justin Bieber : Never Say Never 3D

3D lagi, kahkahkah, mahal shiiaall, RM17, first time tengok 3D, jangal aku ar, tapi yang penting, tak payah korang nak beli tiket pergi tengok konsert dia lagi, tengok movie dia sudah, merasai, menjiwai and how about this movies? not so bad, but

FUCKING AWESOME !

AMAZING RAWR


ingatkan cerita apa tadi, aku dah le tak berapa minat sangat si bieber ni. tiba-tiba je, merasuk jiwa dan raga aku, minat lagu dia, bukan dia awww. hati-hati, biasa aku tengok wayang RM6, RM10, murah-murah je, tak biasa mahal-mahal, tapi tak apa, aku syok tengok persembahan dia, lain daripada yang lain, thanks to : =D

AMRU AL-ASR AMER AMZAR ANITH ATHIRAH
triple A's

3/29/2011

sesuatu yang harus dihargai


not bad

walau apa-apapun terjadi teruk baik cemerlang itu semua kehendak Ilahi
kesungguhan dan itu sahaja yang kita dapat lakukan .
keputusannya dari Allah ,
kita hanya mampu merancang , tapi Tuhan yang mengetahui akan apa terjadi .

baik buruk keputusan , semuanya ada hikmah disebaliknya

kau hebat , aku apa kurangnya not so bad .
just subjek yang aku tak seberapa minat sahaja , aku score tapi berhasil .
tak perlu cerita .

sekarang aku merancang berdasarkan keputusan yang aku dapat ,
dan itu mungkin jalan aku untuk terus berjuang .
Asasi Sains Hayat tak dapat aku teruskan , tetapi Asasi Kejuruteraan
hampir ke destinasi aku selepas SPM , aku terus berdoa agar cita-citaku tercapai .

alhamdulillah , aku dapat result baik , tak penuh dengan A pun tak apa .
itu sahaja usaha aku , dan itu keputusannya .
a lot of B+'s ( fizik , kimia , addmath , bm ) dan memenuhi syarat IPTA sudah .
tak semestinya banyak A's , pasti dapat apa yang dia mahu ,
kena juga tengok subjek yang lain .

macam Biologi , aku just tolak tepi masuk sungai , and then masuk
Kejuruteraan , boleh juga ,
budak aliran Sains boleh masuk Sastera , tapi aliran Sastera tak boleh masuk Sains .
itu sahaja keistimewaan aliran Sains .
fikir-fikir dulu sebelum masuk aliran Sastera .
banyak lagi contoh , lagi-lagi masa nak pilih course kat upu .

ada yang result kurang baik , boleh juga amik diploma perakaunan ,
walaupun dia aliran sains dulu .
tapi ikut kehendak minat juga , kalau minat tapi tak boleh catch up ,
tak guna juga , semua berkait-kait .


3/14/2011

Dunia Semakin Tua


atas ; sebelum kejadian , bawah ; selepas kejadian


Hari berganti hari , tanpa mengira siapa , terjadi sekelip mata .

Sebuah tiga meter baru (10 kaki) tsunami setinggi bergulir menuju pantai timur laut bencana hancur Jepun lebih awal hari ini 11 Mac 2011, dengan kuasa peringatan itu akan menyerang dalam beberapa minit.

Gelombang ini terlihat dari sebuah helikopter pemadam kebakaran dari Wilayah Fukushima, laporan televisyen mengatakan, sementara awam NHK berkata, sekitar 11:20 (0220 GMT) yang diharapkan mencapai pantai dalam masa 15 minit.

Laut kelihatan berundur dari Wilayah Iwate di timur laut pulau Honshu, sebuah fenomena yang terjadi sebelum gelombang dahsyat.



tanpa memberi isyarat dan petanda ,

Gempa bumi berkekuatan 8,9 besar dan tsunami yang melanda timur laut Jepun pada hari Jumaat membawa kembali kenangan tsunami tahun 2004 yang melanda Indonesia, Sri Lanka, Thailand dan India, dan pada peringkat lebih rendah, Malaysia.


Aku terpaku pada Berita Awani dan liputan Buletin Utama . Lebih daripada 50 negara yang dikeluarkan amaran tsunami, termasuk Taiwan, Australia, Guam, Indonesia, Filipina dan New Zealand. Aku hampir tidak mempercayai apa yang telah berlaku , tergamam dan berasa sedih simpati .


Jepun, meski ekonomi ketiga terbesar di dunia, masih memerlukan bantuan dalam usaha penyelamatan dan pemulihan .


Tsunami tahun 2004 dianggarkan telah menyebabkan RM30 bilion kerugian dan negara-negara seperti Indonesia dan Sri Lanka masih dalam proses pemulihan dari bencana ini mengerikan.


mula mengingati Tuhan yang Esa , bersyukur atas nikmat Yang diberi . renung-renungkanlah dunia makin banyak tanda-tanda kecil dan besar yang telah berlaku .


3/04/2011

Bersyukur ke Hadrat Ilahi


tercapai hajatku ;

doaku dimakbulkan ;

permintaan ternyata menjadi ;

lampu isyarat semestinya hijau ;

jpj si peramah , baik hati , perempuan rupanya ;

steps dilakukan dengan baik ;

enjin nampak sangat hidup hingga ke tempat asal parking lalu dimatikan ;

markah ;


17 / 20




akhirnya , adik pass , tahniah !


alhamdulillah
aku tak sehebat mana , cuma usaha diiringi doa mesti anda berjaya .
insyaallah

disadvantage ; sekejap kan tunggu . !!

soalan yang melucukan ; adik suka gelak eh , ?


2/24/2011

Pra-Test

berjam-jam lamanya

aku menunggu turn aku untuk di test kan , adui .


pakcik 'tett' say ; kejap eh , Dzulikram Baharuddin . bukan itu yang disebut . benda lain tiga empat kali try sebut , tapi salah juga , berbelit-belit aku rasa disebut nama aku . aku rasa , first name in THE WORLD , haha! .


pukul 10.30 , nak pergi jauh-jauh, semata-mata nak minum , baru seorang aja test . adush . then turun bawah , buat parking , bukit . oh bagus , semua baik-baik pandai-pandai memang pun, tak ada masalah . nampak la budak-budak time aku kecil-kecil dulu , budak sekolah rendah . perempuan semua , tapi happy-go-lucky Marina, Awan, Nisya and tuut ! dah~ , 6 orang selesai buat bukit parking semua tu . naik atas balik .


pakcik 'tett' say ; rehat-rehat , makan minum dulu ye nak . adus . ingat aku apa . penat aku siak tunggu . dah la panas , lambat . aku yang second-last buat jalan raya . oh , berjaya aku lulus . LAYAK DIUJI . tamat , jam 1.40 , balik .


aku tahu pakcik tu baik , memang pun . tp . baik la .


terima kasih pakcik ! dan aku akan JPJ TEST awal bulan 3 , hope LULUS .


expired sudah lesen L aku .


balik-balik je , tiba-tiba badan terasa panas , temperature naik , sengal-sengal . demam la ; baik dah , sehari aja .


2/20/2011

STPM yaaw !

Keputusan STPM 2010

Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2010 akan diumumkan pada 21.02.2011 Isnin ini. Jantung dupdap dupdap kencang . Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka bermula jam 12:00 tengah hari di sekolah masing-masing.

Semak melalui SMS mulai jam 12:00 tengah hari, 21 Februari 2011:

taip STPM<> No. K/P hantar ke 36363 atau taip STPM<> RESULT<>No.K/P hantar ke 15888

On-Line : http://www.mpm.edu.my
mulai jam 12:00 tengah hari, 21 Februari 2011

Calon-calon persendirian pula boleh menyemak melalui SMS atau secara atas talian / online dengan melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Apa sahaja keputusan yang diterima nanti, terimalah dengan hati yang terbuka.

Selalunya dugaan datang dalam pelbagai rupa. Yang gagal kurang baik dalam STPM 2010 ini , tak payah nak sedih menggila. Dunia belum kiamat. Our destination very far away . must be continue . broken english !

Apa yang telah lepas, biarkan sahaja berlalu dengan aman. Di luar sana masih terlalu ramai manusia yang gagal dalam peperiksaan tetapi berjaya hidup dengan cemerlang. Sebaliknya ramai juga yang berjaya dalam peperiksaan tetapi malang pula sesat dalam kehidupan.

* Good Luck bebeh ! Hope , gempak . Amin ! Congrate too .
to ; form 6 Sekolah Tinggi Melaka 2010 . STPM candidates .

SPM ? bila lagi ? risau berbenau , rehat sebentar bersama berBUENO . HAHAHA !
doa-doakan yang TERBAIK !

2/12/2011

Disebalik Hari Valentine

SAY NO TO VALENTINES MUSLIM DO NOT CELEBRATE IT

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi . Namanya Pedro St. Valentino . 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari ' kasih sayang ' kerana padanya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine .

PRINSIP / DASAR ;
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian) , maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine .

PANDANGAN ISLAM ;
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?

Firman Allah s.w.t : “ Dan janglah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Dalam Islam kata “tahu” bererti mampu mengetahui dengan seluruh pancaindera yang dikuasai oleh hati . Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya . Bukan hanya sekadar dapat melihat atau mendengar . Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya , apa , siapa , bila , bagaimana , dan di mana , akan tetapi lebih dari itu .

Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang mengikut kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.

Hadis Rasulullah s.a.w:" Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu".

Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :"Barang siapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi "

bgtw : salah satu punca ; pergaulan bebas , seks bebas
kesan ; pembuangan bayi , HIV , AIDS , Islam dipandang HINA !

1/30/2011

Hujan Rahmat Tuhan


HUJAN stop JANGAN !

buai laju-laju , hujan makin lebat ,

kalo tak amek baju, mak balek kene sebat !


* bab merapu mengarut mengaban , aku menang ,

* button M susah nak tekan sengal ! free-free je kan dpt .. haha


say to all : kita sering mahukan hari yang CERAH ...

tapi Allah lebih tahu hakikat dan hikmah HUJAN perlu diturunkan .....

riwayat muslim ,


* nak lagi ? sudalah penat mengkonstrakkan .


Bangau Oh Bangau

tahu ? di sebalik maksud tersirat lagu bangau oh bangau ! selain memaparkan sikap manusia yg suka menyalahkan orang lain dan juga ...

Sesungguhnya bangau kurus itu ialah Islam yang putih bersih tetapi lemah.


Ikan pula Umat Islam yang belum sedar.


Manakala rumput yg panjang adalah kiasan bagi halangan yg menyukarkan rakyat bangun menentang kezaliman dan kemungkaran yg beraja.


Kerbau yg tak makan ialah perbandingan bagi ulama yg tidak menghalang atau membanteras kemungkaran dan kezaliman.


Perut yg sakit pula diibaratkan kekuatan dan semangat ulama yg hilang atau hati mereka yg sudah rosak berpunca dari sogokan hasil rezeki yg tidak berapa bersih dan halal yg telah diumpamakan sebagai nasi mentah.


Seterusnya persoalan mengapa ? nasi itu mentah dikaitkan dgn kayu api basah yg bermaksud punca kurangnya halal dan bersih rezeki para ulama ialah semangat Jihad yg telah ditinggalkan atau dalam kata lainnya telah padam kerana sikap manusia yg lebih suka mengharap rahmat bantuan langit daripada berusaha.


Tepatlah perbandingan katak dgn manusia yg berteriak minta diturunkan hujan utk menyelamatkan diri dpd serangan si ular rakus kuffar Yahudi, Kristian dan gerombolan sekutunya yg sentiasa berusaha memusnahkan ketuanan dan survival Islam di muka bumi ini kerana telah termaktub dalam kata si ular, "katak itu memang makanan aku".


btw : renung-renungkanlah dan selamat beramal .


1/03/2011

PLKN ( National Service )


Program Latihan Khidmat Negara !

selamat pergi dan semoga berjaya di sana ? hutan belantara !

huh ? nasib baek aku tak kena , dgr 2 mcm best je , malas la , aku da biasa da semua tuh ,

tak payah nak mengajar aku . HAHA !

tu lah kau , org suruh aktif tak nak ! padan muka ! yeah yeah ! balik2 je da botak ye bang kak ?

aku da tak sanggup nak beratur ambil makanan , duit ? ameklah aku tak kesah .

kat sini kalau kerje triple boleh dapat . HAHA ! pegang rifle ? naknak . kalau boleh tembak la , ni tak ? HAHA ! makan rumput , binatang hutan , ye kot , sje nak gebang cite !


baju ? kasut ? beg ? sponser la . . segak bergaya la sahabat ! , ceh . ingat aku dalam esei BI SPM la . . bout national service !

balik 2 belanje ar . botak ! ade yg pergi sane nak cari makwe . pergi lah cari ! i tak kesah pon , HAHA !

kalau dapat ! nak yg sabah sarawak , baru best hoi . masuk iklan !


KAMI WIRA WIRAWATI NEGARA . ramai-ramai !

check name kau kat sni :







http://www.khidmatnegara.gov.my/


11/04/2010

Kawan Rakan SAHABAT

kata orang..kawan itu bagai?

Atuk kata kwn bgaì astro...Mcm2 ad,

Nenek kata kawan bagaì safi...Sucì dan bersih,

Ayah kata kawan bagai tv...Menghiburkan hati ketika duka..,

Ibu kata kawan bagai teddy bear...Menemani kita stiap mlm...,

Abg kata kawan bagai motor...Boleh dibawa kesana sini..,

Kakak kata kawan bagai kotex...Membantu ketika ksusahan.,

Tapi bagi saya kawan bagai loreal..Kerana darimu begitu berharga..

kawan itu PENTiNG DLM KEHIDUPAN !


11/02/2010

Kecil Hingga Besar

kawan-kawan

rakan,sahabat,teman maksudnya kawan
kawan boleh membawa kite bahagia dimana-mana,bila-bila masa.
tanpa kawan..kurangnya hiburan..malapnya institusi kekeluargaan pabila di asrama mahupun di tempat laen yg jauh dari ibu bapa..
kawan pembawa keceriaan.pembawa kehidupan lebih sempurna dan happy selalu..

kawan terbahagi kpd due..iaitu kawan menjadi kawan
dan kawan menjadi lawan..
it's main point of my story..
kawan mudah,senang dicari tapi susah untuk mengenali baik buruknye..
ada yang membawa kebahgiaan ada yg membawa ke arah kehancuran disebabkan kejahilan memilih kawan yg baik..
sewaktu bergembira sentiasa bersama..
sewaktu bersedih,mengalami masalah ditinggalkan begitu saja.berseorangan..
inikah erti KAWAN??
manusia selalu begini..selalu lari dalam kesusahan..
kerana sifat pentingkan diri sendiri!...


renung-renungkan dan selamat beramal

Disamping Melaka Maju

melaka maju 2010

alhamdulillah melaka dah maju..tahniah..
iyeke da maju?maju dari segi fizikal..
sedangkan melaka antara negeri teramai berlakunya kes buang anak.
tempat yang mengetuai segala sambutan..
sambutan krismas, new year..betol?
sehingga menjadi kes buang anak terhangat di dunia!

maju?banyak stadium dibina..
pasukan bola sepak tak sehebat mane..hanya maen2 kampung saje..
stadium dibina untuk mengadakan sambutan,joget lambak,tarian,jom heboh..
cara begini spttnye terjadi?
bukan..spttnye..memajukan sektor sukan dan permainan.!
sambutan bermula jam 8.10..adakah masa itu sama waktu dengan waktu isyak?
fikirkan...
hal-hal agama diketepikan..
solat magrib dan isyak dilupakan..
pergaulan bebas berlaku dimana-mana tanpa pemantauan...
sebagai merancakkan sambutan ini

ini menunjukkan kejahilan dan kebodohan pemimpin yg hanya memikirkan hebatnya sambutan
tanpa memikir impak dan tidak mengikut syariat ISLAM!
Tuhan tak tanya hebatnya sambutan..
Tuhan tanya adakah kau menjadi pemerintah yg bertanggungjawab dan amanah?
tanggunglah dosa kau sendiri..



3/18/2010

blog terbina

Ak suda boring pabila menggunakan laman
myspace, friendster, twitter, tagged, hi5..mengarot sume tuuh!
ak ubah cara hidup ak dgn memiliki sebuah blog..
utk mengisi masa lapang, kekosongan, dan berkongsi cerita dgn masyarakat,
makwe kot, kawan, adek akuh!..biarlah idup ak!
di rumah, tempat2 awam, sekolah malah ASRAMAku yg TERCINTA!...
Puas ak menyelidik, menekan, mencari ape function blog,
meneliti setiap perkataan, kegunaan, keistimewaan..
sehingga berjaya melakar panorama, pahit manis dan
profile yg ta seberapa bagus,
maka dgn itu beta ingin mengumumkan (mcm ye2) bahawa
pada 9.36, khamis, 18 mac 2010..complete seh,,
terlahir dan terbinalah sebuah blog
yg diberi nama blog kantoi KONON oleh ikramKANTOI! ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...